Falsafah,Visi dan Misi

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan berkualiti menjana kecemerlangan murid pendidikan khas selaras dengan sistem pendidikan kebangsaan.
 
MISI PENDIDIKAN KHAS

Membangunkan modal insan berkeperluan khas yang cemerlang berasaskan :
•Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan holistik
•Perkembangan potensi diri ke tahap optimum.
•Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran.
•Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan
•Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.


PIAGAM PIPK

"Meningkatkan keupayaan dan kemajuan kurikulum dan ko - kurikulum anak-anak istimewa ke tahap yang cemerlang seiring pencapaian anak-anak normal yang sebaya dengannya sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara(FPN)."

BAGI MENCAPAI  MATLAMAT PIAGAM  INI, MAKA KAMI AKAN:


  • Mewujudkan program pembelajaran yang menggalakkan perkembangan rohani, jasmani, emosi dan intelek.
  • Sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan anak-anak istimewa.
  • Mempelbagaikan aktiviti pengajaran bagi menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
  •  Sentiasa mengkaji dan menilai tahap pencapaian akademik dan ko-kurikulum anak-anak istimewa.
  •   Menganjurkan aktiviti-aktiviti untuk anak-anak dan keluarga KKBP bagi mengeratkan hubungan silatulrahim yang baik antara ibu bapa dengan guru-guru.