Thursday, March 14, 2013

Sungguhhh bertuah..

14 Mac 2013... Mesyuarat Agung PIBG SKHP.. hihi.. guru2 pendidikan khas memangggggg bertuah.. itu rezeki 2013 buat kami guru PPKI yang dilantik sebagai AJK Hadiah. ok la... berbaloi... 



yeaaahhaaaa!!! Mok cik menang hamper..

Kejohanan Petanque Pend. Khas Peringkat Zon Alor Gajah 2013

Pertandingan petanque diadakan pada 12 & 13 Mac 2013, di SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah Melaka. Tahniah kepada anak-anak PPKI SKHP yang memenangi pertandingan pada kali ini.. 

Johan Petanque individu perempuan B 12
Nur Natasha


Ketiga Petanque berpasangan  perempuan B12
Nur Natasha & Siti Rodiah

Johan petanque berpasangan Perempuan B 14
Nurul Izzah & Noor Syakirah


Tahniah anak muridku


Kejohanan Boling Tenpin Pend. Khas Peringkat Zon Alor Gajah 2013

Aktiviti Zon pertama pada tahun ini, Kejohanan Boling Tenpin  Pend. Khas peringkat Zon pada 28 Februari 2013 diadakan di MIBC, Ayer Keroh Melaka. Alhamdulilah ada gak murid PPKI SKHP yang menang. Tahniah kepada Noor Sakirah yang mnemenangi kategori Perempuan B14 dan Amirol Azaman Kategori lelaki B12.


Noor Sakirah. 
Kategori perempuan B 14

Amirol Azaman
kategori Lelaki B 12



Tahniah !

Wednesday, March 13, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA JLN KUBU MELAKA

Aktiviti pertama PPKI SKHP pada tahun ini adalah lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Jln Kubu Melaka. Lawatan diadakan pada 28 Februari 2013. Pada perancangan awal aktiviti akan dilaksanakan bersama terapi boling. Namun disebabkan pertindihan jadual dengan aktiviti pertandingan Boling Zon Alor Gajah. Aktiviti terapi boling dibatalkan. Mujur dibatalkan, di Balai Bomba sahaja hampir setengah hari. Murid-murid amat seronok berada di Balai Bomba. Layanan yang diberikan amat baik sekali.. Tq abang-abang bomba .. hihi.. yang paling menyeronokkan kami dapat menaiki kenderaan bomba. Cikgu pun dapat naik.. Pehhh..!! memang kecut perut naik kereta bomba ni. Pengalaman yang amat bermakna...
Gambar - gambar sepanjang lawatan di Balai Bomba