Wednesday, March 13, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA JLN KUBU MELAKA

Aktiviti pertama PPKI SKHP pada tahun ini adalah lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Jln Kubu Melaka. Lawatan diadakan pada 28 Februari 2013. Pada perancangan awal aktiviti akan dilaksanakan bersama terapi boling. Namun disebabkan pertindihan jadual dengan aktiviti pertandingan Boling Zon Alor Gajah. Aktiviti terapi boling dibatalkan. Mujur dibatalkan, di Balai Bomba sahaja hampir setengah hari. Murid-murid amat seronok berada di Balai Bomba. Layanan yang diberikan amat baik sekali.. Tq abang-abang bomba .. hihi.. yang paling menyeronokkan kami dapat menaiki kenderaan bomba. Cikgu pun dapat naik.. Pehhh..!! memang kecut perut naik kereta bomba ni. Pengalaman yang amat bermakna...
Gambar - gambar sepanjang lawatan di Balai Bomba 















No comments:

Post a Comment