Friday, July 9, 2010

Perbezaan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas

PEMULIHAN KHAS
Definisi sebenar Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.

Wednesday, July 7, 2010

Objektif dan Matlamat Pendidikan Khas

OBJEKTIF PENDIDIKAN KHAS

Ø Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan untuk murid-murid dengan keperluan khas
Ø Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid pendidikan khas
Ø Menyediakan bahan-bahjan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini

Tuesday, July 6, 2010

Sejarah Program PPKI

Pada June 2005 Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Hutan Percha, 78000 Alor Gajah, Melaka.  Dahulu kelas ini beroperasi di dalam sebuah bilik darjah dengan didiami seramai 8 orang pelajar.  

Pada tahun 2007  kelas pendidikan khas ini telah berubah wajah setelah
diubahsuai  kepada 2 bilik darjah, 1 bilik urus diri, tiga bilik air dan juga terdapat ruang dapur. Kini kelas ini terdiri daripada  12 orang murid dengan 3 orang tenaga pengajar dan dua orang pembantu murid.