Pada June 2005 Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Hutan Percha, 78000 Alor Gajah, Melaka. Dahulu kelas ini beroperasi di dalam sebuah bilik darjah dengan didiami seramai 8 orang pelajar.
Pada tahun 2007 kelas pendidikan khas ini telah berubah wajah setelah
diubahsuai kepada 2 bilik darjah, 1 bilik urus diri, tiga bilik air dan juga terdapat ruang dapur. Kini kelas ini terdiri daripada 12 orang murid dengan 3 orang tenaga pengajar dan dua orang pembantu murid.
Terdapat 2 buah kelas iaitu Kelas Cemerlang dan kelas Dedikasi. Pelajar kelas ini terdiri dari 6 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Kelas ini juga diwakili dari bangsa yang berbeza iaitu seorang cina dan selebihnya adalah melayu.
Berbagai kategori murid yang terdapat di dalam Kelas Pendidikan Khas iaitu Sindrom Down 1 orang, 1 orang masalah pertuturan manakala 10 orang lagi Slow Learner. Kelas ini bermula pada pukul 7.45 pagi hingga 12.35 tengahari.