Friday, July 9, 2010

Perbezaan Pemulihan Khas dan Pendidikan Khas

PEMULIHAN KHAS
Definisi sebenar Pemulihan Khas ialah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak mereka yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas Mengutamakan perinsip "Menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya tidak menjadi kronik dan berterusan hingga ke ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.


Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
        i) Menguasai kemahiran asas 3 M
       ii) Meneruskan pembelajaran dikelas biasa
      iii) Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
     iv) Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri.
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Anak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya.PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa."
(Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)

Sekolah Khas yang terdapat dalam Bahagian 1,Akta Pelajaran 1961 menyebut:
"Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability"
Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikan khas. Mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai 0-0 dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi murid Pendidikan Khas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang labih kurang sama dengan Pemulihan Khas.