Monday, November 18, 2013

Gambang VS Tasik Chini

Tarikh : 30 & 31 / 10 / 2013
Tempat Lawatan : Gambang Kuantan dan Tasik Chini. Pahang

 Program lawatan terakhir tahun ini. terjah-terjah ke timur plak.. aktiviti mandi2 di Gambang memang best. Hari kedua aktiviti ke Tasik Chini Pahang mencari naga... hehehe.. ada beberapa ekor naga dapat dijumpai.. errr.. betul betul.. beberapa orang murid melakukan aktiviti riadah seperti flying fork dan abselling.. yang lain-lain p meredah Tasik Chini naik bot. memang best kat tasik ni. menggerunkan masuk celah2 paya bakau.. err.. hihi.. seram gak. kot ada anaconda ke. piranha ke.. tp tawakal je ler.. singgah sebentar ke perkampungan orang asli tuk blajo menyumpit.. hihi.. tunjuk bakat ler.. hebat ke tidak orang melaka ni. beberapa gambar yang diambil selebihnya kamera sape pun tak tau.. haha


Gambar di Gambang
 


 gelagat anak muridku di dalam bas

Hari Kedua.. Tasik Chini dan Pusat Tenun di Chini


 pemenang penyumpit terhebat.. hadiahnya berburu dengan tuk batin tuk mkn mlm.. hihi



Pusat Tenun Chini



Monday, July 29, 2013

LAWATAN KE KIDZANIA

PK SKHP telah mengadakan lawatan sambil belajar ke KIDZANIA Kuala Lumpur pada 4 Julai 2013. Lawatan ini adalah anjuran bersama projek intership PISMP Pendidikan Khas dari IPG Melaka. Aktiviti KIDZANIA lebih kepada kanak-kanak itu mengurus diri sendiri dan berdikari tanpa bantuan orang dewasa.

Gambar-gambar disekitar lawatan KIDZANIA














Friday, April 26, 2013

Kejohanan Permainan Futsal & Bola Jaring negeri Melaka

Pada 23 & 24 April 2013, 4 org murid PPKI SKHP telah terpilih mewakili permainan futsal dan bola jaring bagi kawasan Alor Gajah yang diadakan di Batu Berendam. Adik Amirol Azaman mewakili permainan futsal lelaki 12 tahun dan adik Nurnatasha mewakili permainan bola jaring perempuan 12 tahun. Manakala Nur Sakirah dan Nurul Izzah mewakili permainan bola jaring perempuan 14 tahun. tahniah diucapkan kepada kumpulan bola jaring bawah 12 tahun kerana memenangi tempat ke dua dalam permainan bola jaring tahun ini.




Sambutan Hari Lahir murid PPKI SKHP dan Jamuan Perpisahan guru pelatih IPPMM

Pada 19 April 2013 telah diadakan majlis sambutan hari lahir murid PPKI adik Nur Natasha dan juga majlis perpisahan guru pelatih dari IPG Melaka iaitu Cik Nursaadah dan juga Cik Shahrulniza. 





Lawatan sambil belajar ke Coral Wanderland, Melaka

lawatan ke dua PPKI SKHP ialah ke Coral Wanderland yang diadakan pada 4 April 2013. lawatan turut disertai oleh guru pelatih dari IPPM Melaka.