Tuesday, February 4, 2014

Pemeriksaan gigi 2014

Murid-murid pendidikan khas terlibat dengan aktiviti cek gigi dan diajar cara menggosok gigi dengan betul oleh nurse gigi.. hihi .. pada 4 Februari 2014 cek gigi dan 5 Februari 2014 diajar cara menggosok gigi


Gambar sepanjang pemeriksaan gigi





Aktiviti cara menggosok gigi






Kem Pengurusan Kehidupan dan Terapi Air di A'Famosa Resort


Aktiviti pertama pada tahun 2014. Alhamdulilah telah berjaya melaksanakan aktiviti pertama pada 29-30 Januari 2014 di Afamosa Resort Melaka. pada hari pertama murid di bawa melawat Taman Safari. Aktiviti petang diadakan terapi air di kolam renang banglow yang kami sewa. Malam murid dibawa ke Cowboy Town dan makan-makan. Hari ke dua sekali lagi murid menjalani terapi air sebelum pulang ke rumah.


 Gambar-gambar di Taman Safari

Menunggu trak untuk melawat haiwan di Afrika.. hehe

yeah.. dah dapat trak.. go go go..


tidur tiger



Colour of The Bird

wild wild west




Melawat Pulau Monyet plak




ni je yang ada. dah tak banyak monyet macam dulu


aktiviti terapi air




aktiviti malam di Cowboy Town


Monday, November 18, 2013

Jamuan Akhir Tahun 2013

Tarikh : 8 / 11 / 2013
Tempat : Kelas PPKI SKHP
 Jamuan akhir tahun dan jamuan murid yang akan ke sekolah menengah. Jamuan kecil-kecilan diadakan sebagai tanda ingatan murid yang akan ke sekolah menengah. Semoga sentiasa ingat pada cikgu-cikgu di SKHP ini. Good Luck dan jaga akhlak buat anak murid kami Nurul Izzah, Noorsakirah, NorNatasha dan Yong Jon Shun

cikgu - cikgu posing dulu
 




Gambang VS Tasik Chini

Tarikh : 30 & 31 / 10 / 2013
Tempat Lawatan : Gambang Kuantan dan Tasik Chini. Pahang

 Program lawatan terakhir tahun ini. terjah-terjah ke timur plak.. aktiviti mandi2 di Gambang memang best. Hari kedua aktiviti ke Tasik Chini Pahang mencari naga... hehehe.. ada beberapa ekor naga dapat dijumpai.. errr.. betul betul.. beberapa orang murid melakukan aktiviti riadah seperti flying fork dan abselling.. yang lain-lain p meredah Tasik Chini naik bot. memang best kat tasik ni. menggerunkan masuk celah2 paya bakau.. err.. hihi.. seram gak. kot ada anaconda ke. piranha ke.. tp tawakal je ler.. singgah sebentar ke perkampungan orang asli tuk blajo menyumpit.. hihi.. tunjuk bakat ler.. hebat ke tidak orang melaka ni. beberapa gambar yang diambil selebihnya kamera sape pun tak tau.. haha


Gambar di Gambang
 


 gelagat anak muridku di dalam bas

Hari Kedua.. Tasik Chini dan Pusat Tenun di Chini


 pemenang penyumpit terhebat.. hadiahnya berburu dengan tuk batin tuk mkn mlm.. hihi



Pusat Tenun Chini



Monday, July 29, 2013

LAWATAN KE KIDZANIA

PK SKHP telah mengadakan lawatan sambil belajar ke KIDZANIA Kuala Lumpur pada 4 Julai 2013. Lawatan ini adalah anjuran bersama projek intership PISMP Pendidikan Khas dari IPG Melaka. Aktiviti KIDZANIA lebih kepada kanak-kanak itu mengurus diri sendiri dan berdikari tanpa bantuan orang dewasa.

Gambar-gambar disekitar lawatan KIDZANIA














Friday, April 26, 2013

Kejohanan Permainan Futsal & Bola Jaring negeri Melaka

Pada 23 & 24 April 2013, 4 org murid PPKI SKHP telah terpilih mewakili permainan futsal dan bola jaring bagi kawasan Alor Gajah yang diadakan di Batu Berendam. Adik Amirol Azaman mewakili permainan futsal lelaki 12 tahun dan adik Nurnatasha mewakili permainan bola jaring perempuan 12 tahun. Manakala Nur Sakirah dan Nurul Izzah mewakili permainan bola jaring perempuan 14 tahun. tahniah diucapkan kepada kumpulan bola jaring bawah 12 tahun kerana memenangi tempat ke dua dalam permainan bola jaring tahun ini.




Sambutan Hari Lahir murid PPKI SKHP dan Jamuan Perpisahan guru pelatih IPPMM

Pada 19 April 2013 telah diadakan majlis sambutan hari lahir murid PPKI adik Nur Natasha dan juga majlis perpisahan guru pelatih dari IPG Melaka iaitu Cik Nursaadah dan juga Cik Shahrulniza.