14 Mac 2013... Mesyuarat Agung PIBG SKHP.. hihi.. guru2 pendidikan khas memangggggg bertuah.. itu rezeki 2013 buat kami guru PPKI yang dilantik sebagai AJK Hadiah. ok la... berbaloi...
Pertandingan petanque diadakan pada 12 & 13 Mac 2013, di SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah Melaka. Tahniah kepada anak-anak PPKI SKHP yang memenangi pertandingan pada kali ini..
Aktiviti Zon pertama pada tahun ini, Kejohanan Boling Tenpin Pend. Khas peringkat Zon pada 28 Februari 2013 diadakan di MIBC, Ayer Keroh Melaka. Alhamdulilah ada gak murid PPKI SKHP yang menang. Tahniah kepada Noor Sakirah yang mnemenangi kategori Perempuan B14 dan Amirol Azaman Kategori lelaki B12.
Aktiviti pertama PPKI SKHP pada tahun ini adalah lawatan sambil belajar ke Balai Bomba Jln Kubu Melaka. Lawatan diadakan pada 28 Februari 2013. Pada perancangan awal aktiviti akan dilaksanakan bersama terapi boling. Namun disebabkan pertindihan jadual dengan aktiviti pertandingan Boling Zon Alor Gajah. Aktiviti terapi boling dibatalkan. Mujur dibatalkan, di Balai Bomba sahaja hampir setengah hari. Murid-murid amat seronok berada di Balai Bomba. Layanan yang diberikan amat baik sekali.. Tq abang-abang bomba .. hihi.. yang paling menyeronokkan kami dapat menaiki kenderaan bomba. Cikgu pun dapat naik.. Pehhh..!! memang kecut perut naik kereta bomba ni. Pengalaman yang amat bermakna...
Program "Balai Polis Ku Sayang" telah diadakan pada 29.2.2012 bertempat di IPD Melaka Tengah.Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid tentang tugas dan tanggungjawab anggota polis.
Terapi Boling ini diadakan di Ampang Bowl,Mahkota Parade,Melaka pada 29 Februari 2012.Semua murid dan guru serta pembantu pengurusan murid pendidikan khas terlibat.
Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Khas Zon Alor Gajah
Tarikh : 31 Januari 2011 (Isnin) Pindaan Tarikh ke 9 Februari 2011 (Rabu)
Waktu : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Lesong Batu
Pindaan terpaksa dilakukan kerana keadaan banjir di kawasan Alor Gajah yang semakin buruk.Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En.Mohd Nazri bin Abdul Latif ( SK Lesong Batu